Tuesday 9 October 2012

ESP oh ESP

Salam untuk semua yang mengikuti MamaHazeeq. Hari ni saya nak share sedikit info dan testimoni produk kesukaan ramai iaitu ESP... Memang tidak dinafikan, ESP adalah produk yang paling laris ibarat "Pisang goreng panas". ESP merupakan produk yang sesuai diamalkan oleh semua peringkat usia, jantina merupakan supplement yang akan melengkapkan nutrisi seharian kita.

Fungsi Energizing Soy Protein
  • membina dan perbaiki sel-sel tisu badan enzim dan hormon
  • kehamilan, penyusuan, stress, pertumbuhan dan perawatan meningkatkan keperluan protein berkualiti
  • rambut, kuku dan kulit adalah daripada protein, protein berkualiti membantu memperbaiki kesihatan dan meningkatkan pertumbuhan yang baik
  • protein adalah kunci asas imun melawan jangkitan
  • memberi tenaga
  • membantu mencantikkan, menegangkan, menganjalkan kulit
  • membantu memekatkan dan perbanyakkan susu
Siapa Yang Boleh Ambil
  • Ibu menyusu
  • Ibu hamil
  • Ibu dalam pantang
  • Mereka yang menghadapi kulit kusam, kering
  • Mereka yang ingin membina otot (body builder)
  • Mereka yang baru menjalani pembedahan - perbaiki sel, enzim, hormon
  • Mereka yang ada gastrik
  • Mereka yang ingin menurunkan berat badan
Sekarang mari kita lihat testimoni bagi pengguna Tegar ESP...





 Jadi apa tunggu lagi???jadikan ESP sebagai Produk wajib yang perlu ada di rumah anda. Pelaburan Untuk ESP umpama anda melabur untuk kesihatan anda!!! ESP oh ESP...!!!

*Berminat? Utk konsultasi percuma dan harga yang menarik, sila hubungi saya melalui h/p 019-6724650 @ email mamahazeeq2012@gmail.com

Monday 8 October 2012

Injection vs Bawang?

Syukur Alhamdulillah...selesai sudah urusan menghantar 'my litle bam2' utk checkup 5 bulan...pejam celik, pejam celik akhirnya saya da berjaya mengharungi penyusuan penuh susu ibu selama 5 bulan n insyallah akan meneruskan sekurang-kurangnya sehingga baby 1 tahun.
Untuk Checkup kali ni, berat my baby 7.8kg...sihat betul anak mama sorang ni... hehehe...

Setiap kali checkup, mmg saya & hubby excited utk tgk pkembangan terbaru hero kecik ktorg ni & pastikan dia diberi suntikan imunisasi mengikut jadual sebagai perisai penyakit..tp mungkin ada ibu-ibu di luar sana risau baby akan demam selepas menerima suntikan kan? mana x nya, xtido malam la kalau anak dok merengek je...so kali ni saya nk share petua bagi mengelakkan demam.
Bayi selalunya akan demam selepas menerima suntikan pelalian. Untuk mengelakkannya, ambil sebiji bawang kecil dan sapukan pada bahagian yang disuntik sebaik sahaja selesai disuntik.
Mudah saja kan petua ni. Tapi saya tak tahu la sejauh mana keberkesannya sangat. Bagi saya yang sudah menjadi ibu  ni, yang paling penting ialah lepas bayi kena suntik, ibu bapa perlu meluangkan masa yang penuh kepada bayi anda. They need your love and attention. Jagalah amanah yang diberi oleh Allah sebaik-baiknya dan didiklah mereka dengan tarbiyah Islam. Semoga anak-anak korang menjadi soleh dan solehah. Amin.

Tuesday 2 October 2012

Ada Apa Dengan Pantang???

Syukur Kehadrat illahi... Rezeki makin bertambah-tambah untuk kami sekeluarga dan diberi kesihatan yang baik oleh-Nya. Dunia Berbisnes bersama Shaklee amatlah mudah dan sedar xsedar saya telah menambah pendapatan keluarga untuk simpanan anak di kemudian hari.

Kali ini saya  ingin berkongsi mengenai  persedian berpantang bagi ibu-ibu yang baru sahaja menimang cahaya mata dan pada yang masih menantikan kehadiran si kecil.Selepas Proses kelahiran si ibu memerlukan pemakanan yang dapat membantu mengembalikan tenaga dan penyembuhan luka.Antara persiapan yang perlu ada ialah:-

Pakaian dalam pantang
  • Baju yang selesa ketika berpantang, biasanya dalam pantang mudah berpeluh
  • Kain batik – mudah pakai kain batik kerana perut yang masih besar
  • Pad bersalin – saiz lebih besar dan lembut berbanding pad period biasa.
  • stokin – elak kaki sejuk dan angin masuk ke badan
  • Bengkung/barut – bagus untuk menyokong perut dan mengempiskan perut
Makanan kesihatan/tambahan
  • Susu – bergantung pada individu. Saya tidak sesuai minum susu lembu jadi saya tidak gantikan dengan pengambilan supplement Ostematrix
  • Pil tambahan kesihatan – bagus untuk memberi tenaga tambahan, boleh dapatkan nasihat doktor
  • Jamu/herba bersalin – bergantung pada individu, namun ia bagus untuk kesihatan dan pastikan jamu/herba itu sesuai untuk kita. Jika ingin menyusu badan ada jamu/herba yang tidak sesuai terutamaya bagi bayi yang mengalami jaundies.Saya sendiri melalui pengalaman anak berjaundies dan saya memilih untuk menggunakan supplement shaklee yang selamat digunakan dan tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi. Luka bersalin juga akan cepat kering dan membolehkan saya melakukan pergerakkan menguruskan anak.
Penyusuan susu ibu

  • Bra menyusu susu ibu– mudah menyusu dan tidak merosakkan bra
  • Bantal bantuan menyusu/ nursing pillow – untuk menampung bayi, boleh gunakan bantal biasa namun mungkin kurang selesa. Tanpa bantal ini, agak penat memegang bayi untuk tempoh lama
  • Pad alas payudara / breast pad – untuk elak susu ibu melimpah. Kadang-kadang payudara di sebelah bayi tidak menghisapnya akan keluar susu ibu. Sesuai untuk ke pejabat, ada masa susu akan meleleh keluar.
  • Pam perah susu / breast pump (ibu bekerja) – ada jenis manual, bateri dan eletrik.
  • Poncho menyusu – sesuai jika ingin menyusu bayi di luar rumah.
Lain-lain
  • Bidan/tukang urut – sekarang terdapat yang untuk spa dan untuk mengurut bersalin. Pastikan mereka mahir mengurut untuk bersalin
  • Batu tungku – bergantung pada keperluan. Bagus untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak.
  • Buku-buku panduan kesihatan, kelahiran dan penjagaan bayi – bagus terutama bersalin anak sulung.Kita fikir mudah untuk menguruskan bayi. Namun sebenarnya bila kita perlu menjaga sendiri keadaan berbeza.
Buatlah persediaan awal. Jadi selepas bersalin, tumpuan sebenar ketika pantang adalah untuk menjaga bayi serta mengamalkan jagaan kesihatan agar ibu cepat sembuh.

Wednesday 26 September 2012

Set Kehamilan


SET KEHAMILAN J1 (TRIMISTER 1)
Sesuai bagi ibu-ibu yang mengalami mengalami masalah hb rendah (low hb). Kombinasi beberapa vitamin untuk nutrisi ibu dan bayi dalam kandungan.
  •  B Complex
  •  Vitamin C
  •  VitaLea Iron Formula (Multivitamin)c
  •  Ostematrix
Vita-Lea Iron Formula.
lengkap dengan zat besi yang salah satu fungsi utamanya ialah mengangkut dan mendistribusikan oksigen di dalam darah ke seluruh tubuh badan. Maka, individu yang mengalami anemia, amat sesuai untuk mendapatkan Vita-Lea Iron Formula ini.
Vitamin B complex
Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.
SET KEHAMILAN J2 (TRIMESTER 2&3)
Set ini adalahuntuk wanita hamil pada trimester ke-2 dan ke-3. Ia merupakan set J1 ditambah dengan Omega Guard.

OmegaGuard
Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak

 *Berminat? Utk konsultasi percuma dan harga yang menarik, sila hubungi saya melalui h/p 019-6724650 @ email mamahazeeq2012@gmail.com

Seri Ibu Mengandung

Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi tips bagi bakal-ibu yang sedang hamil.Sepanjang tempoh kehamilan, sebahagian wanita kelihatan begitu berseri-seri manakala yang lainnya pula mengalami masalah kulit. Walaupun ia sukar diatasi, ia sebenarnya masalah yang biasa dan tidak membimbangkan.
Perubahan hormon yang berlaku semasa hamil akan menimbulkan masalah kepada kulit anda. Disini saya akan senaraikan beberapa masalah yang biasa dialami dan penyelesaiannya. 
  • Tompok hitam di dahi, pipi dan leher.Juga dikenali sebagai Melasma atau Chloasma dan biasanya dialami oleh wanita yang berkulit gelap. Ianya akan bertambah teruk sekiranya anda lama berjemur dan terdedah pada cahaya matahari atau sinaran ultraungu (UV). 
Penyelesaian: Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Pakai krim penghadang cahaya matahari dengan SPF 15 ke atas apabila berada di
luar rumah.    
  •  Bengkak di muka.Berlaku   pada   tempoh 3 bulan terakhir kehamilan, sesetengah wanita akan mengalami bengkak pada kelopak mata dan muka disebabkan penakungan cecair. 
 Penyelesaian: Bengkak pada muka akan hilang apabila tiba masanya. Namun, sekiranya ia disertai dengan penambahan berat badan yang mendadak, segera berjumpa dengan doktor. Ia mungkin kerana terdapatnya penakungan cecair berlebihan yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi semasa hamil.
  • Sekelompok kecil kapilari pecah di muka dan dada.Sepanjang kehamilan, peredaran darah di seluruh tubuh meningkat dan ini memberikan tekanan kepada kapilari. Maka, wujudlah jaluran labah-labah saluran darah di sekitar kulit.
Penyelesaian: Elakkan muka dan dada anda daripada terdedah kepada kesejukan atau kepanasan melampau kerana ia boleh lebih memburukkan masalah anda.

  • Satu jalur hitam di bahagian tengah perut.Linea nigra selalunya timbul pada trimester kedua kehamilan dan ia disebabkan oleh pigmentasi di bahagian tengah abdomen. Ia terjadi apabila berlakunya peningkatan penghasilan hormon rangsangan melanosit.
Penyelesaian: Ia akan pudar beberapa minggu selepas bersalin.

  • Rasa gatal pada abdomen.Apabila perut anda semakin membesar, kulit anda akan meregang dan menjadi nipis. Kulit juga mudah kering. Kegatalan biasanya akan hilang selepas bersalin.
Penyelesaian: Guna krim pelembap untuk menghilangkan rasa ketidakselesaan. Juga elak daripada terdedah kepada panas keterlaluan kerana anda akan berasa lebih gatal apabila berada di tempat panas. Jika rasa gatal menjadi semakin teruk, doktor akan beri rawatan atau terapi sinaran ultraungu.

  • Ruam panas.Tindak balas hormon pada kelenjar peluh di seluruh badan menyebabkan wanita lebih banyak berpeluh semasa hamil. Justeru, ruam panas adalah masalah biasa yang dialami oleh wanita mengandung.
Penyelesaian: Sapukan bedak biasa atau bedak tepung jagung selepas mandi untuk mengurangkan rasa panas pada ruam. Elakkan mandi dengan air yang terlalu panas dan pastikan kulit sentiasa sejuk dan kering sepanjang masa.

  • Tahi lalat dan bintik-bintik.Anda mungkin perasan terdapatnya tahi lalat dan bintik-bintik pada kulit anda. Tahi lalat yang timbul semasa hamil biasanya tiada kaitan dengan barah kulit.
Penyelesaian: Berjumpa dengan doktor sekiranya terlalu banyak tahi lalat yang timbul dan terdapat perubahan saiz dan rupa padanya.

  • Urat darah kebiru-biruan di kaki.Vena varikos terjadi apabila saluran darah membesar kerana berlakunya peningkatan aliran darah kepada bayi. Walaupun tidak serius, ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan kesakitan.
Penyelesaian: Elakkan berdiri lama sangat. Sentiasa bersenam atau gunakan sarung kaki yang mampat untuk melancarkan aliran darah di kaki anda.




VITAMIN YANG PERLU
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah seperti :-
  • Protein
  • Multivitamin yang lengkap dengan zat besi
  • Vitamin B-Complex yang lengkap dengan folic acid
  • Vitamin C
  • Kalsium
  • Omega
FUNGSI VITAMIN
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :-
  • Energizing Soy Protien (ESP): untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
  • Vitalea dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
  • B-Complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
  • Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.
  • Ostematrix / Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.
  • Omega Guard : membantu pembentukan sel otak. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2&3).
VITAMIN YANG DILARANG
Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya:-
  • Vitamin E
  • Alfalfa
  • GLA
  • Vivix
  • Cinch
  • CarotoMax
kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

Sememangnya ada yang memandang remeh tentang pengambilan supplement ketika hamil. Tetapi sebagai ibu, naluri keibuan akan mendesak kita untuk memberikan yang terbaik kepada anak sejak kehamilan sehingga anak membesar dengan sihat. Pengambilan supplement juga membantu si ibu bagi persedian penyusuan selepas bersalin nanti.Alangkah bertuahnya si wanita itu apabila diberi rezeki oleh Yang Maha Esa bagi Mengandungkan, Melahirkan & Membesarkan anak dengan sempurna. Jadi, Manfaatkan Peluang  yang ada sebaik mungkin dan doa ibu adalah doa yang paling mustajab. Doakan yang terbaik buat anak-anak kita, insyallah segalanya urusan mengandungkan, ,melahirkan, membesarkan & mendidik akan di permudahkan. Syurgakan dibawah telapak ibu… Saya sayang mak saya & ingin menjadi  Supermak yg terbaik buat anak saya. Insyallah… Anda juga boleh!!!

 *Berminat? Utk konsultasi percuma dan harga yang menarik, sila hubungi saya melalui h/p 019-6724650 @ email noorlyshaklee@gmail.com

Thursday 13 September 2012

PERSEDIAAN SEBELUM KE HOSPITAL BERSALIN

Assalammualaikum & Selamat sejahtera.

Bagi yang ibu-ibu yang memasuki trimester ke 2 & ke 3, sememangnya dah mula sibuk melengkapkan barangan buat si manja yang bakal dilahirkan. Ada yg memilih untuk window shopping & ada juga yg lebih selesa utk shopping secara online. 

Kalau sy, mmg xboleh lgsung tgk baju2 baby yg comel2...mmg tpanggil2 je nk beli..hehe...tp harus di ingatkan, jgn plak tlalu membazir sbb banyak lagi duit yang perlu kita spend selepas kelahiran si manja kelak.

Bagi sy, perkara plg penting utk persediaan menyambut kelahiran anak adalah persediaan sblum ke hospital utk bersalin.Mmg beg utk dibawa ke hospital 2 nanti perlu standby je dlm bonet kereta seawal 7bln kandungan. bkn ape, takut t'beranak awal, so xla tkial2 en hubby nk cari n kemaskan bag. Nanti ada jek yg tercicir & terlupa...hehe.

ok, bagi yang memerlukan checklist, boleh refer kt bwh ne. Harap dapat memudahkan kerja bakal2 ibu utk packing nanti!!!

BIL
PERKARA
x
UNTUK IBU
1
Kad Lawatan Hospital/Kad Merah


2
Kad Pengenalan


3
Telefon Bimbit+charger


4
Baju/Blouses ( 3helai)


5
Stokin ( 2 pasang)


6
Kain Batik ( 3 helai)


7
Nursing Bra & Seluar Dalam( 5 pasang)


8
Skaf Kepala/Tudung (1 @  2 helai)


9
Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)


10
Majalah/Buku


11
Tuala Mandi


12
 Maternity Pad/Pad Biasa 1 pek


13
Tuala Mandi ( 1 helai)


14
Selipar


15
Kamera (xperlu jika camera hp berpixel tinggi)


16
Air/Minyak Selusuh/ Air Zam Zam


17
Minyak Angin


18
Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti)


19
Bag Plastik (utk isi baju kotor)


UNTUK BAYI
1
Baby Diapers ( 10 keping)


2
Baju ( 3 pasang)


3
Minyak Telon/Minyak Yu Yee


4
 Baby Wipes/Wet Tissue


5
Tuala Mandi


6
Stokin/Sarung Tangan Bayi (3 pasang)


7
Peralatan Mandi


8
Selimut/Bedung


9
Barut


10
Topi


11
Napkin (5 helai)



*Bagi ibu2 yg tercari2 set berpantang yg sesuai utk ibu yg melahirkan secara normal & Operation serta boleh diambil walaupun ank jaundies, Set Bepantang Shaklee lah jwpannya. Saya sendiri & ramai ibu yang dah mencuba!!! Kesannya hebat n berbaloi2...xpercaya?cubalah....insyallah...

  *Berminat? Utk konsultasi percuma dan harga yang menarik, sila hubungi saya melalui h/p 019-6724650 @ email noorlyshaklee@gmail.com