Wednesday 26 September 2012

Seri Ibu Mengandung

Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi tips bagi bakal-ibu yang sedang hamil.Sepanjang tempoh kehamilan, sebahagian wanita kelihatan begitu berseri-seri manakala yang lainnya pula mengalami masalah kulit. Walaupun ia sukar diatasi, ia sebenarnya masalah yang biasa dan tidak membimbangkan.
Perubahan hormon yang berlaku semasa hamil akan menimbulkan masalah kepada kulit anda. Disini saya akan senaraikan beberapa masalah yang biasa dialami dan penyelesaiannya. 
  • Tompok hitam di dahi, pipi dan leher.Juga dikenali sebagai Melasma atau Chloasma dan biasanya dialami oleh wanita yang berkulit gelap. Ianya akan bertambah teruk sekiranya anda lama berjemur dan terdedah pada cahaya matahari atau sinaran ultraungu (UV). 
Penyelesaian: Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Pakai krim penghadang cahaya matahari dengan SPF 15 ke atas apabila berada di
luar rumah.    
  •  Bengkak di muka.Berlaku   pada   tempoh 3 bulan terakhir kehamilan, sesetengah wanita akan mengalami bengkak pada kelopak mata dan muka disebabkan penakungan cecair. 
 Penyelesaian: Bengkak pada muka akan hilang apabila tiba masanya. Namun, sekiranya ia disertai dengan penambahan berat badan yang mendadak, segera berjumpa dengan doktor. Ia mungkin kerana terdapatnya penakungan cecair berlebihan yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi semasa hamil.
  • Sekelompok kecil kapilari pecah di muka dan dada.Sepanjang kehamilan, peredaran darah di seluruh tubuh meningkat dan ini memberikan tekanan kepada kapilari. Maka, wujudlah jaluran labah-labah saluran darah di sekitar kulit.
Penyelesaian: Elakkan muka dan dada anda daripada terdedah kepada kesejukan atau kepanasan melampau kerana ia boleh lebih memburukkan masalah anda.

  • Satu jalur hitam di bahagian tengah perut.Linea nigra selalunya timbul pada trimester kedua kehamilan dan ia disebabkan oleh pigmentasi di bahagian tengah abdomen. Ia terjadi apabila berlakunya peningkatan penghasilan hormon rangsangan melanosit.
Penyelesaian: Ia akan pudar beberapa minggu selepas bersalin.

  • Rasa gatal pada abdomen.Apabila perut anda semakin membesar, kulit anda akan meregang dan menjadi nipis. Kulit juga mudah kering. Kegatalan biasanya akan hilang selepas bersalin.
Penyelesaian: Guna krim pelembap untuk menghilangkan rasa ketidakselesaan. Juga elak daripada terdedah kepada panas keterlaluan kerana anda akan berasa lebih gatal apabila berada di tempat panas. Jika rasa gatal menjadi semakin teruk, doktor akan beri rawatan atau terapi sinaran ultraungu.

  • Ruam panas.Tindak balas hormon pada kelenjar peluh di seluruh badan menyebabkan wanita lebih banyak berpeluh semasa hamil. Justeru, ruam panas adalah masalah biasa yang dialami oleh wanita mengandung.
Penyelesaian: Sapukan bedak biasa atau bedak tepung jagung selepas mandi untuk mengurangkan rasa panas pada ruam. Elakkan mandi dengan air yang terlalu panas dan pastikan kulit sentiasa sejuk dan kering sepanjang masa.

  • Tahi lalat dan bintik-bintik.Anda mungkin perasan terdapatnya tahi lalat dan bintik-bintik pada kulit anda. Tahi lalat yang timbul semasa hamil biasanya tiada kaitan dengan barah kulit.
Penyelesaian: Berjumpa dengan doktor sekiranya terlalu banyak tahi lalat yang timbul dan terdapat perubahan saiz dan rupa padanya.

  • Urat darah kebiru-biruan di kaki.Vena varikos terjadi apabila saluran darah membesar kerana berlakunya peningkatan aliran darah kepada bayi. Walaupun tidak serius, ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan kesakitan.
Penyelesaian: Elakkan berdiri lama sangat. Sentiasa bersenam atau gunakan sarung kaki yang mampat untuk melancarkan aliran darah di kaki anda.




VITAMIN YANG PERLU
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah seperti :-
  • Protein
  • Multivitamin yang lengkap dengan zat besi
  • Vitamin B-Complex yang lengkap dengan folic acid
  • Vitamin C
  • Kalsium
  • Omega
FUNGSI VITAMIN
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :-
  • Energizing Soy Protien (ESP): untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
  • Vitalea dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
  • B-Complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
  • Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.
  • Ostematrix / Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.
  • Omega Guard : membantu pembentukan sel otak. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2&3).
VITAMIN YANG DILARANG
Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya:-
  • Vitamin E
  • Alfalfa
  • GLA
  • Vivix
  • Cinch
  • CarotoMax
kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

Sememangnya ada yang memandang remeh tentang pengambilan supplement ketika hamil. Tetapi sebagai ibu, naluri keibuan akan mendesak kita untuk memberikan yang terbaik kepada anak sejak kehamilan sehingga anak membesar dengan sihat. Pengambilan supplement juga membantu si ibu bagi persedian penyusuan selepas bersalin nanti.Alangkah bertuahnya si wanita itu apabila diberi rezeki oleh Yang Maha Esa bagi Mengandungkan, Melahirkan & Membesarkan anak dengan sempurna. Jadi, Manfaatkan Peluang  yang ada sebaik mungkin dan doa ibu adalah doa yang paling mustajab. Doakan yang terbaik buat anak-anak kita, insyallah segalanya urusan mengandungkan, ,melahirkan, membesarkan & mendidik akan di permudahkan. Syurgakan dibawah telapak ibu… Saya sayang mak saya & ingin menjadi  Supermak yg terbaik buat anak saya. Insyallah… Anda juga boleh!!!

 *Berminat? Utk konsultasi percuma dan harga yang menarik, sila hubungi saya melalui h/p 019-6724650 @ email noorlyshaklee@gmail.com

No comments:

Post a Comment