Tuesday 9 October 2012

ESP oh ESP

Salam untuk semua yang mengikuti MamaHazeeq. Hari ni saya nak share sedikit info dan testimoni produk kesukaan ramai iaitu ESP... Memang tidak dinafikan, ESP adalah produk yang paling laris ibarat "Pisang goreng panas". ESP merupakan produk yang sesuai diamalkan oleh semua peringkat usia, jantina merupakan supplement yang akan melengkapkan nutrisi seharian kita.

Fungsi Energizing Soy Protein
  • membina dan perbaiki sel-sel tisu badan enzim dan hormon
  • kehamilan, penyusuan, stress, pertumbuhan dan perawatan meningkatkan keperluan protein berkualiti
  • rambut, kuku dan kulit adalah daripada protein, protein berkualiti membantu memperbaiki kesihatan dan meningkatkan pertumbuhan yang baik
  • protein adalah kunci asas imun melawan jangkitan
  • memberi tenaga
  • membantu mencantikkan, menegangkan, menganjalkan kulit
  • membantu memekatkan dan perbanyakkan susu
Siapa Yang Boleh Ambil
  • Ibu menyusu
  • Ibu hamil
  • Ibu dalam pantang
  • Mereka yang menghadapi kulit kusam, kering
  • Mereka yang ingin membina otot (body builder)
  • Mereka yang baru menjalani pembedahan - perbaiki sel, enzim, hormon
  • Mereka yang ada gastrik
  • Mereka yang ingin menurunkan berat badan
Sekarang mari kita lihat testimoni bagi pengguna Tegar ESP...





 Jadi apa tunggu lagi???jadikan ESP sebagai Produk wajib yang perlu ada di rumah anda. Pelaburan Untuk ESP umpama anda melabur untuk kesihatan anda!!! ESP oh ESP...!!!

*Berminat? Utk konsultasi percuma dan harga yang menarik, sila hubungi saya melalui h/p 019-6724650 @ email mamahazeeq2012@gmail.com

Monday 8 October 2012

Injection vs Bawang?

Syukur Alhamdulillah...selesai sudah urusan menghantar 'my litle bam2' utk checkup 5 bulan...pejam celik, pejam celik akhirnya saya da berjaya mengharungi penyusuan penuh susu ibu selama 5 bulan n insyallah akan meneruskan sekurang-kurangnya sehingga baby 1 tahun.
Untuk Checkup kali ni, berat my baby 7.8kg...sihat betul anak mama sorang ni... hehehe...

Setiap kali checkup, mmg saya & hubby excited utk tgk pkembangan terbaru hero kecik ktorg ni & pastikan dia diberi suntikan imunisasi mengikut jadual sebagai perisai penyakit..tp mungkin ada ibu-ibu di luar sana risau baby akan demam selepas menerima suntikan kan? mana x nya, xtido malam la kalau anak dok merengek je...so kali ni saya nk share petua bagi mengelakkan demam.
Bayi selalunya akan demam selepas menerima suntikan pelalian. Untuk mengelakkannya, ambil sebiji bawang kecil dan sapukan pada bahagian yang disuntik sebaik sahaja selesai disuntik.
Mudah saja kan petua ni. Tapi saya tak tahu la sejauh mana keberkesannya sangat. Bagi saya yang sudah menjadi ibu  ni, yang paling penting ialah lepas bayi kena suntik, ibu bapa perlu meluangkan masa yang penuh kepada bayi anda. They need your love and attention. Jagalah amanah yang diberi oleh Allah sebaik-baiknya dan didiklah mereka dengan tarbiyah Islam. Semoga anak-anak korang menjadi soleh dan solehah. Amin.

Tuesday 2 October 2012

Ada Apa Dengan Pantang???

Syukur Kehadrat illahi... Rezeki makin bertambah-tambah untuk kami sekeluarga dan diberi kesihatan yang baik oleh-Nya. Dunia Berbisnes bersama Shaklee amatlah mudah dan sedar xsedar saya telah menambah pendapatan keluarga untuk simpanan anak di kemudian hari.

Kali ini saya  ingin berkongsi mengenai  persedian berpantang bagi ibu-ibu yang baru sahaja menimang cahaya mata dan pada yang masih menantikan kehadiran si kecil.Selepas Proses kelahiran si ibu memerlukan pemakanan yang dapat membantu mengembalikan tenaga dan penyembuhan luka.Antara persiapan yang perlu ada ialah:-

Pakaian dalam pantang
  • Baju yang selesa ketika berpantang, biasanya dalam pantang mudah berpeluh
  • Kain batik – mudah pakai kain batik kerana perut yang masih besar
  • Pad bersalin – saiz lebih besar dan lembut berbanding pad period biasa.
  • stokin – elak kaki sejuk dan angin masuk ke badan
  • Bengkung/barut – bagus untuk menyokong perut dan mengempiskan perut
Makanan kesihatan/tambahan
  • Susu – bergantung pada individu. Saya tidak sesuai minum susu lembu jadi saya tidak gantikan dengan pengambilan supplement Ostematrix
  • Pil tambahan kesihatan – bagus untuk memberi tenaga tambahan, boleh dapatkan nasihat doktor
  • Jamu/herba bersalin – bergantung pada individu, namun ia bagus untuk kesihatan dan pastikan jamu/herba itu sesuai untuk kita. Jika ingin menyusu badan ada jamu/herba yang tidak sesuai terutamaya bagi bayi yang mengalami jaundies.Saya sendiri melalui pengalaman anak berjaundies dan saya memilih untuk menggunakan supplement shaklee yang selamat digunakan dan tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi. Luka bersalin juga akan cepat kering dan membolehkan saya melakukan pergerakkan menguruskan anak.
Penyusuan susu ibu

  • Bra menyusu susu ibu– mudah menyusu dan tidak merosakkan bra
  • Bantal bantuan menyusu/ nursing pillow – untuk menampung bayi, boleh gunakan bantal biasa namun mungkin kurang selesa. Tanpa bantal ini, agak penat memegang bayi untuk tempoh lama
  • Pad alas payudara / breast pad – untuk elak susu ibu melimpah. Kadang-kadang payudara di sebelah bayi tidak menghisapnya akan keluar susu ibu. Sesuai untuk ke pejabat, ada masa susu akan meleleh keluar.
  • Pam perah susu / breast pump (ibu bekerja) – ada jenis manual, bateri dan eletrik.
  • Poncho menyusu – sesuai jika ingin menyusu bayi di luar rumah.
Lain-lain
  • Bidan/tukang urut – sekarang terdapat yang untuk spa dan untuk mengurut bersalin. Pastikan mereka mahir mengurut untuk bersalin
  • Batu tungku – bergantung pada keperluan. Bagus untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak.
  • Buku-buku panduan kesihatan, kelahiran dan penjagaan bayi – bagus terutama bersalin anak sulung.Kita fikir mudah untuk menguruskan bayi. Namun sebenarnya bila kita perlu menjaga sendiri keadaan berbeza.
Buatlah persediaan awal. Jadi selepas bersalin, tumpuan sebenar ketika pantang adalah untuk menjaga bayi serta mengamalkan jagaan kesihatan agar ibu cepat sembuh.