Tuesday 2 October 2012

Ada Apa Dengan Pantang???

Syukur Kehadrat illahi... Rezeki makin bertambah-tambah untuk kami sekeluarga dan diberi kesihatan yang baik oleh-Nya. Dunia Berbisnes bersama Shaklee amatlah mudah dan sedar xsedar saya telah menambah pendapatan keluarga untuk simpanan anak di kemudian hari.

Kali ini saya  ingin berkongsi mengenai  persedian berpantang bagi ibu-ibu yang baru sahaja menimang cahaya mata dan pada yang masih menantikan kehadiran si kecil.Selepas Proses kelahiran si ibu memerlukan pemakanan yang dapat membantu mengembalikan tenaga dan penyembuhan luka.Antara persiapan yang perlu ada ialah:-

Pakaian dalam pantang
  • Baju yang selesa ketika berpantang, biasanya dalam pantang mudah berpeluh
  • Kain batik – mudah pakai kain batik kerana perut yang masih besar
  • Pad bersalin – saiz lebih besar dan lembut berbanding pad period biasa.
  • stokin – elak kaki sejuk dan angin masuk ke badan
  • Bengkung/barut – bagus untuk menyokong perut dan mengempiskan perut
Makanan kesihatan/tambahan
  • Susu – bergantung pada individu. Saya tidak sesuai minum susu lembu jadi saya tidak gantikan dengan pengambilan supplement Ostematrix
  • Pil tambahan kesihatan – bagus untuk memberi tenaga tambahan, boleh dapatkan nasihat doktor
  • Jamu/herba bersalin – bergantung pada individu, namun ia bagus untuk kesihatan dan pastikan jamu/herba itu sesuai untuk kita. Jika ingin menyusu badan ada jamu/herba yang tidak sesuai terutamaya bagi bayi yang mengalami jaundies.Saya sendiri melalui pengalaman anak berjaundies dan saya memilih untuk menggunakan supplement shaklee yang selamat digunakan dan tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi. Luka bersalin juga akan cepat kering dan membolehkan saya melakukan pergerakkan menguruskan anak.
Penyusuan susu ibu

  • Bra menyusu susu ibu– mudah menyusu dan tidak merosakkan bra
  • Bantal bantuan menyusu/ nursing pillow – untuk menampung bayi, boleh gunakan bantal biasa namun mungkin kurang selesa. Tanpa bantal ini, agak penat memegang bayi untuk tempoh lama
  • Pad alas payudara / breast pad – untuk elak susu ibu melimpah. Kadang-kadang payudara di sebelah bayi tidak menghisapnya akan keluar susu ibu. Sesuai untuk ke pejabat, ada masa susu akan meleleh keluar.
  • Pam perah susu / breast pump (ibu bekerja) – ada jenis manual, bateri dan eletrik.
  • Poncho menyusu – sesuai jika ingin menyusu bayi di luar rumah.
Lain-lain
  • Bidan/tukang urut – sekarang terdapat yang untuk spa dan untuk mengurut bersalin. Pastikan mereka mahir mengurut untuk bersalin
  • Batu tungku – bergantung pada keperluan. Bagus untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak.
  • Buku-buku panduan kesihatan, kelahiran dan penjagaan bayi – bagus terutama bersalin anak sulung.Kita fikir mudah untuk menguruskan bayi. Namun sebenarnya bila kita perlu menjaga sendiri keadaan berbeza.
Buatlah persediaan awal. Jadi selepas bersalin, tumpuan sebenar ketika pantang adalah untuk menjaga bayi serta mengamalkan jagaan kesihatan agar ibu cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment