Monday 8 October 2012

Injection vs Bawang?

Syukur Alhamdulillah...selesai sudah urusan menghantar 'my litle bam2' utk checkup 5 bulan...pejam celik, pejam celik akhirnya saya da berjaya mengharungi penyusuan penuh susu ibu selama 5 bulan n insyallah akan meneruskan sekurang-kurangnya sehingga baby 1 tahun.
Untuk Checkup kali ni, berat my baby 7.8kg...sihat betul anak mama sorang ni... hehehe...

Setiap kali checkup, mmg saya & hubby excited utk tgk pkembangan terbaru hero kecik ktorg ni & pastikan dia diberi suntikan imunisasi mengikut jadual sebagai perisai penyakit..tp mungkin ada ibu-ibu di luar sana risau baby akan demam selepas menerima suntikan kan? mana x nya, xtido malam la kalau anak dok merengek je...so kali ni saya nk share petua bagi mengelakkan demam.
Bayi selalunya akan demam selepas menerima suntikan pelalian. Untuk mengelakkannya, ambil sebiji bawang kecil dan sapukan pada bahagian yang disuntik sebaik sahaja selesai disuntik.
Mudah saja kan petua ni. Tapi saya tak tahu la sejauh mana keberkesannya sangat. Bagi saya yang sudah menjadi ibu  ni, yang paling penting ialah lepas bayi kena suntik, ibu bapa perlu meluangkan masa yang penuh kepada bayi anda. They need your love and attention. Jagalah amanah yang diberi oleh Allah sebaik-baiknya dan didiklah mereka dengan tarbiyah Islam. Semoga anak-anak korang menjadi soleh dan solehah. Amin.

No comments:

Post a Comment